Dari Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasul SAW telah bersabda: "Hak orang muslim atas orang muslim yang lain ada enam perkara, jika engkau bertemu ucaplah salam kepadanya, jika dia memanggilmu, jawablah, jika dia meminta nasihat darimu, berilah dia nasihat, jika dia bersin dan memuji nama Allah, doakanlah baginya, jika dia sakit, ziarahkanlah dia dan jika dia meningggal, iringkanlah jenazahnya".